Quantcast
Channel: Belog Kak Gojes
Viewing all 866 articles
Browse latest View live

RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW

$
0
0

PISANG GORENG CHEESE RAINBOW


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW ||  Baru-baru ini KG 'berjalan-jalan' di instagram. Seronok tengok gambar orang yang pelbagai aksi dan ragam. Lagi seronok bila dapat tengok gambar-gambar makanan yang pelbagai serta kelihatan sangat sedap. Apa yang KG hendak ceritakan di sini adalah tentang Pisang Goreng Cheese Rainbow. Memang nampak sedap dan menarik pisang goreng tu dengan warna-warninya. KG pun mencari cara membuatnya dan akhirnya jumpa!!! Ha, lepas ni boleh la KG mencuba resepi pisang goreng cheese rainbow  ni di tempat KG. Idea hendak menjual pun keluar la kononnya ni. Okey la meh KG kongsikan resepi yang KG jumpa tu.


RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW


Bahan-bahan

Pisang 
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
1 biji telur
400ml air
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
Keju parut (cheddar)
Kelapa parut
6 jenis pewarna (pink,jingga,kuning,purple,hijau dan biru)

CARA-CARA  MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK PISANG GORENG CHEESE RAINBOW

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit,garam,telur dan air. Dan gaul sebati.

2. Hiriskan buah pisang dan celup ke tepung yang dibancuh tadi.

3. Goreng dalam minyak panas.

4. Asingkan kelapa parut 6 bahagian.Letak pewarna pada setiap bahagian tadi.

5. Cairkan mentega dalam microwave kemudian campurkan dengan susu pekat.

6. Salut pisang goreng yang sudah dimasak tadi dalam sos mentega susu pekat tadi.

7. Taburkan keju parut di atas pisang goreng.

8. Hiaskan dengan kelapa parut yang sudah diwarnakan tadi.

9. Siap untuk dihidang atau dijual!!!

resepi pisang goreng rainbow, cara masak pisang goreng pelangi,cara masak pisang goreng cheese rainbow, pisang goreng rainbow, bahan-bahan pisang goreng cheese rainbow, bahan-bahan pisang goreng pelangi, resepi pisang goreng kejuk
kredit picture : PISANGKEJUK






GIVEAWAY BLOGGER UTARA BERNILAI RM500

$
0
0

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

JOM TONTON SUAMI TANPA CINTA

$
0
0

SUAMI TANPA CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SUAMI TANPA CINTA || Drama adaptasi novel yang baru mula ditayangkan pada 4 April 2016 di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis. KG ada menonton episod pertama drama Suami Tanpa Cinta ni. Blur sikit la sebab tetiba aje disajikan watak Ain Syifa (Janna Nick) yang garang semacam tu. Hehehe..itu pendapat KG jer. Apapun untuk episod seterusnya KG nak juga tonton. Baru nak bermesra dengan drama Suami Tanpa Cinta ni. Ngeheheh.


JOM JOIN GIVEAWAY BERNILAI RM500!!!

SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA

SUAMI TANPA CINTA, SINOPSIS DRAMA SUAMI TANPA CINTA, SINOPSIS NOVEL SUAMI TANPA CINTA, PENULIS NOVEL SUAMI TANPA CINTA, BARISAN PELAKON SUAMI TANPA CINTA, OST DRAMA SUAMI TANPA CINTA, TONTON ONLINE DRAMA SUAMI TANPA CINTA, BELI ONLINE NOVEL SUAMI TANPA CINTA

Antara barisan pelakon Suami Tanpa Cinta : Shukri Yahaya dan Janna Nick


Barisan Pelakon Suami Tanpa Cinta

Shukri Yahya sebagai Zaidan Iman
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Mark Adam sebagai Rafael
Cristina Suzanne sebagai Alesya 
Afzan A.Rahman sebagai Uzair
Sarah Hildebrand sebagai Adura

Giveaway April Cash RM600 by Emas Putih

LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA BY JANNA NICK || OST DRAMA SUAMI TANPA CINTA

$
0
0

OST DRAMA SUAMI TANPA CINTA

Lirik Mungkin Saja - Janna Nick(OST drama Suami Tanpa Cinta)



Berlegar-legar
Bermain di mataku
Berdebar-debar
Degup jantungku
Makin lama
Makin ku rasa rindu
Makin lama
Makin tertarik padamu



Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu



Sekadar hello
Bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman
Aku bagai di kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta



Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu



Satu, dua, tiga kali
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin iya
Mungkin juga sama-sama
Mungkin masih malu kata cinta



Sekadar hello
Bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman
Aku bagai di kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta



Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta



Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA BY JANNA NICK || OST DRAMA SUAMI TANPA CINTA, lirik lagu mungkin saja nyanyian janna nick, penyanyi lagu ost suami tanpa cinta

Jom TONTON SUAMI TANPA CINTASINOPSIS SUAMI TANPA CINTA

JOM TONTON DUDA TERLAJAK LARIS

$
0
0

DUDA TERLAJAK LARIS


Sinopsis DUDA TERLAJAK LARIS

Sinopsis dari kulit novel

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

JOM TONTON DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS, SLOT AKASIA DUDA TERLAJAK LARIS,SINOPSIS DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS,BACA ONLINE NOVEL DUDA TERLAJAK LARIS,BARISAN PELAKON DUDA TERLAJAK LARIS, OST DUDA TERLAJAK LARIS, LAGU-LAGU DALAM DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS,ZARA ZYA DUDA TERLAJAK LARIS, TONTON ONLINE DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS, TONTON FULL EPISOD DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS

OST DUDA TERLAJAK LARIS

$
0
0

OST DUDA TERLAJAK LARIS


LIRIK LAGU CINTA YANG SEMPURNA - QANDA


Setiap kata yang terungkap
Umpama alasan yang tak bernoktah
Mengapa dugaan melanda
Engkau dan aku
Setiap bicara kan layu

Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu
Cinta yang sempurna

Hilang di mana
Selalu dicemar ungkapan yang berbisa
Tak sanggup lagi ku sengsara
Engkau dan aku
Harapan agar terus bersama
Dan aku tak mahu berpisah

Andainya ku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu

Seandaiku hanyut dalam cinta
Pautkanku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna

Andainyaku hilang dalam cinta
Suluhkanlah aku
Dengan rasa yang sempurna
Di dalam gelapku
Dan terus bersama dakapanmu

Seandaiku hanyut dalam cinta
Pautkanku senyum yang sempurna
Tuk hiasi sepanjang nafasku
Dan bisaku merasakan cinta
Cinta yang sempurna
Cinta yang sempurna
Cinta yang sempurna

OST DUDA TERLAJAK LARIS,LIRIK CINTA YANG SEMPURAN,TAJUK LAGU OST DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS,tonton drama duda terlajak laris, senikata lagu cinta yang sempurna nyanyian qanda,tonton drama duda terlajak laris online

SINOPSIS SLOT AKASIA AKAN DATANG|| SEINDAH TAKDIR CINTA

$
0
0

SLOT AKASIA AKAN DATANG|| SEINDAH TAKDIR CINTA

SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?


SINOPSIS SLOT AKASIA AKAN DATANG|| SEINDAH TAKDIR CINTA, sinopsis drama seindah takdir cinta, beli novel seindah takdir cinta, baca online novel seindah takdir cinta, barisan pelakon seindah takdir cinta, ost seindah takdir cinta, tonton online seindah takdir cinta


SINOPSIS AUTA CEREKARAMA TV3

$
0
0

SINOPSIS AUTA CEREKARAMA DITV3


SINOPSIS CEREKARAMA AUTA


Mengisahkan mengenai, Nizam (Shukri Yahaya) seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid. Ibu Faridah, Salmah (Delimawati) berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman (Mubarak Majid) yang malas untuk solat.

Awal perkahwinan, semuanya indah. Sejuk hati Salmah melihat anak menantunya solat berjemaah. Tetapi, hari demi hari, bulan berganti bulan, Nizam masih belum mahu bekerja. Faridah malu kepada ibu-bapanya kerana suaminya itu tidak bertanggungjawab. Sulaiman sudah mula bising kerana dia perlu membayar semuanya kerana dia memang terkenal dengan sikap kedekut.

Nizam pula sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan pelbagai hadis sebagai alasan kerana dia malas bekerja. Makanya, Faridah berpakat dengan Salmah untuk mencari hadis juga bagi menyedarkan Nizam. Banyaklah aksi lucu apabila Faridah dan Nizam berlawan-lawan hadis, hinggakan Faridah merajuk tidak benarkan Nizam masuk bilik pun menggunakan hadis juga. Faridah turut meminta pertolongan Ustaz Aziz (Da’i Hijrah), imam muda di kampung mereka untuk menyedarkan Nizam kerana dia takut dikatakan derhaka pula jika berkata tidak baik kepada suami. Sulaiman turut cuba menasihati menantunya itu dan memberi tanggungjawab untuk menjaga bengkelnya kepada Nizam, tetapi Nizam seperti tidak makan saman.

Sehinggalah satu hari Faridah dan ibunya, berpakat untuk berpura-pura terlibat dngan kemalangan untuk menyedarkan Nizam. Nizam masih lagi dengan sikapnya membacakan hadis tentang qada' dan qadar tentang kejadian yang berlaku supaya Faridah redha menerima nasibnya, Faridah merasa kecewa kerana Nizam tetap tidak mahu berubah. Dia nekad untuk berpisah. Adakah Nizam akan sedar dengan kelalaianya itu?

CEREKARAMA TV3, CEREKARAMA AUTA,SINOPSIS CEREKARAMA AUTA,SINOPSIS AUTA CEREKARAMA,OST CEREKARAMA AUTA,BARISAN PELAKON CEREKARAMA AUTA,TONTON ONLINE CEREKARAMA AUTA



KETUPAT PALAS MR.HANDSOME

$
0
0

AKAN DATANG...KETUPAT PALAS MR.HANDSOME


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SINOPSIS DRAMA KETUPAT PALAS MR.HANDSOME(akan dikemaskini!!!)




KETUPAT PALAS MR.HANDSOME,SINOPSIS KETUPAT PALAS MR.HANDSOME,OST KETUPAT PALAS MR.HANDSOME, BARISAN PELAKON KETUPAT PALAS MR.HANDSOME

DRAMA MR.BOSS MISS STALKER

$
0
0

DRAMA MR.BOSS MISS STALKER


Sinopsis belakang Novel Mr. Boss Miss Stalker


Sara Azreen diberikan tugas untuk meyelidik latar belakang suspek pembunuh Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.



Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.



Apa yang merumitkan lagi keadaan lagi ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?



"Antara nyata dan mimpi..
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan..."






DRAMA MR.BOSS MISS STALKER,sinopsis drama mr.boss miss stalker,ost mr.boss miss stalker,barisan pelakon drama mr.boss miss stalker,lagu-lagu ost drama mr.boss miss stalker,tonton online drama mr.boss miss stalker,penulis novel mr.boss miss stalker, baca online novel mr.boss miss stalker,
kredit : Kaseh Nurani IG


ASSALAMUALAIKUM CINTA

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM CINTA


Sinopsis ASSALAMUALAIKUM CINTA (akan dikemaskini!!)


assalamualaikum cinta, sinopsis drama assalamualaikum cinta, barisan pelaon drama assalamualaikum cinta, ost assalamualaikum cinta, tonton online drama assalamualaikum cinta

AKAN DATANG...FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

$
0
0

FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

Kisah cinta Danial Lee, jejaka kacukan Korea dan  Melayu dan Salsabila (Bella), gadis yang melanjutkan pelajaran di Korea. Mereka bertembung tidak sengaja bila Bella melanggar Daniel Lee di Lapangan terbang Incheon. Gara - gara Bella yang terlambat dan bimbang terlepas kapal terbang untuk balik ke Malaysia di cuti semesta. Kengakuhan dan sombong seperti samseng Daniel menjengkelkan Bella . Pertemuan mereka bukan sahaja di lapangan terbang , malah  didalam di kapal terbang juga mereka bertembung. Hilang mood untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apa bila terpaksa duduk di bebelah lelaki yang sombong dan biadap.

Bila sampai di Malaysia Bella gembira kerana dia tidak sabar untuk berjumpa kak long dan umie. Tetapi Umienya berada di Mekkah mengerjakan umrah bersama pak su dan mak su. Sementara Umie pulang dari Umrah Bella tinggal bersama Kak Long. Kak Long yang terlalu gembira melihat kepulangan Bella menyimpan satu hasrat. Menyuruh Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya berkerja.  

Hati Bella semakin tidak tenang apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Daniel Lee Jae Hwan. Lelaki yang yang ditemui di lapangan terbang dan didalam kapal terbang. Bertambah huru hara lagi Bella bertemu di Kondo Daniel Lee kerana mengikut Kak longnya mengemas Kondo Presiden . Pada Daniel Lee , Kehadiran Bella mengingatkan kisah cinta Danie Lee yang lalu. Bella baru tahu Daniel Lee pernah ditunangkan dengan Kak ngah ( Sumayya ). Tetapi cinta mereka terhenti bila Maya meninggal dunia. Kerana Maya juga telah menyatukan hubungan papa Daniel Lee dan ayah Bella yang sekian lama terputus. Suatu ketika dulu Papa Daniel dan Ayah Bella berkawan baik. Mereka terputus hubungan setelah papa Denial Lee pulang ke korea hinggalah pertemuan Maya dan Deniel Lee di luar negara.

Walaupun kedua-dua mereka cuba menjauhkan diri , Namun takdir mendekatkan mereka. Mereka disatukan dalam ikatan pernikahan dikampung. Ini semua gara-gara Bella terjumpa satu surat dari Kak ngah untuk diberi kepada Daniel Lee. Isi kandungan surat itu menyatakan Bella adalah gadis yang lebih layak untuk menggantikan tempatnya. Kerana Bella tidak mahu Daneil Lee tahu siapa nama perempuan yang ditulis oleh arwah kak ngah , Bella menconteng nama di surat itu. Bila surat itu diserahkan pada Daniel Lee, Daneil Lee marah dan memaksa Bella ke rumah pak su untuk memberitahu siapa nama perempuan yang tertulis di surat tersebut. Mereka hampir ditangkap klawat oleh penduduk kampung. Demi maruah keluarga pak cik Dani menyuruh Daniel Lee bertanggung jawab dan bernikah dengan Bella.
Selepas nikah Daniel Lee memberi alasan terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Bila berjauhan ada perasaan rindu datang mengundang tetapi ego yang menebal membawa pergi rindu itu. Sementara cuti semesta , Bella mengambil upah untuk membuat Kimchi untuk tempahan dari Kak long . Faris lelaki yang tidak pernah jemu memujuk hati Bella agar menerimanya kecewa bila mendapat tahu Bella kini sudah bergelar isteri orang. Tambahan pula pengakuan itu dibuat oleh Daniel Lee Sendiri.

Bella didatangi wanita misteri yang mengelar dirinya "Omma" agar membuatkan Kimchi tiram. Kerana dia kata Daneil Lee sangat suka dengan Kimchi Tiram. Bella pelik siapa perempuan tersebut. Pada ketika mereka hampir mengaku yang sebenarnya wujud sesuatu rssa di hati masing - masing. Yoo Ri hadir bersama onar dan fitnah. Lantas Bella membawa diri bersama seribu prasangka meninggalkan suami tanpa sepatah bicara.

Pemergian Bella menyedarkan Danial betapa dia terlalu mencintai dan mengharapkan Bella. Puas Denial menjejaki Bella tetapi tidak berjaya. Danial kemudiannya bertemu kembali degan Bella di sebuah syarikat pembuat Kimch .Dikesempatan itu Daniel tidak mempersiakan peluang itu. Perasaan di hati diluahkan tanpa ragu dan berharap semoga Bella turut memiliki rasa itu. Ternyata cinta berbalas, kasih yang dipupuk kian mekar dan prasangka akhirnya terlucut.

Kasih mereka diuji dengan kehadiran Zara yang menagih kasih dari Daniel Lee sekian lama. Yoo Ri yang berkawan baik dengan Zara memudahkan rancangan buruk Zara terhadap Denial Lee sehingga Daniel Lee koma dihospital kerana alahan. Yoo Ri adalah adik susuan Daniel Lee. 




Biarpun taufan datang menduga mahligai mereka, namun kasih tetap bertaut kerana ikatan mereka terlalu istimewa, yang turut mengikat dua budaya dan dua negara, serta merungkai dendam dan sengketa.



BACA SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK DI SINI


FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,TONTON ONLINE FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,PELAKON-PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, OST FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BARISAN PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BACA NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK, SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK,


FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,TONTON ONLINE FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,PELAKON-PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, OST FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BARISAN PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BACA NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK, SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK,

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

$
0
0

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Semakan E-Penyata Gaji Online

$
0
0

E-Gaji - Semakan E-Penyata Gaji Online

Semakan Penyata Gaji Online / E-Penyata Gaji / Download Slip Gaji Online


Semakan E-Penyata Gaji Online,E-Gaji - Semakan E-Penyata Gaji Online, JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2016, JADUAL GAJI 2016, E-GAJI 2016


E-Penyata Gaji Online (e-Gaji) merupakan satu cara yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji secara online.

Anda hanya perlu klik link Jabatan Akauntan Negara Malaysia di bawah. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan.

  

TIPS BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH

$
0
0

BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


TIPS BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH || Dalam fikiran kebanyakkan ibu bapa, anak-anak harus mula untuk membuat kerja sekolah sejurus sahaja selepas selesai makan malam. Realiti sebenarnya sering berlaku adalah, pasti terdapat pertikaian dan isu antara ibu bapa dan anak-anak mengenai kerja sekolah.
Masalah yang biasa dihadapi oleh ibu bapa adalah anak-anak tidak akan menyiapkan kerja sekolah mereka selagi tidak disuruh dan dipaksa. Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka setiap hari.


1. SEDIAKAN SATU RUANG ATAU BILIK KHUSUS YANG TENANG UNTUK ANAK-ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH

membuat kerja sekolahGangguan luar seperti komputer, televisyen, telefon pintar dan tablet hendaklah dijauhkan dan diharamkan semasa waktu membuat kerja sekolah. Menyediakan semua kelengkapan persekolahan berdekatan tempat duduk akan mengurangkan anak kita dari kerap bangun dari tempat duduk dan mendapat gangguan ditempat lain.

2. CARI MASA YANG PALING IDEAL UNTUK ANAK ANDA MEMBUAT KERJA SEKOLAH

Masa yang ideal untuk membuat kerja rumah boleh berbeza antara keluarga kita dan keluarga orang lain. Sesetengah kanak-kanak masih berada dalam mode belajar walaupun baru sahaja pulang dari sekolah, menjadikan waktu itu adalah waktu yang paling ideal untuk mereka membuat kerja sekolah. Sesetengah kanak-kanak lain pula mungkin memerlukan masa untuk melepaskan stress dan kepenatan mereka sebelum boleh untuk mula membuat kerja sekolah. Benarkan anak kita untuk menentukan waktu untuk membuat kerja rumah selepas waktu persekolahan mungkin boleh membantu mengurangkan rasa rimas dan membolehkan mereka menyediakan diri mereka dengan mode belajar.

3. BANTU ANAK ANDA DENGAN MEMBINA PELAN TINDAKAN

Anak-anak kecil anda mungkin merasa jemu dengan tugasan yang mereka perlu siapkan.
Dengan menyediakan jadual ataupun checklist tugasan mengikut tahap kesukaran atau masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan, boleh membantu anak anda untuk fokus dan mengendalikan beban tugas dengan lebih baik.

TIPS BAGAIMANA MEMBANTU ANAK MEMBUAT KERJA SEKOLAH ,tips mendidik anak
 sumber : FB

4. BANTU MEREKA UNTUK FOKUS

Halang gangguan yang datang dari kerja sekolah itu sendiri seperti terlalu banyak perenggan dan perkataan, serta soalan yang lain dalam kertas soalan yang sama.
Gunakan kertas kosong untuk menutup bahagian yang mengganggu itu supaya anak dapat fokus terhadap soalan yang mereka sedang selesaikan. Anda juga boleh gunakan pembaris untuk diletakkan dibawah setiap baris ayat yang sedang dibaca dan anak perlu menggerakkan pembaris ke setiap perenggan baru untuk membantu mengekalkan fokusnya.

5. BANGUN DAN JAUHKAN DIRI DARI ANAK BEBERAPA MINIT

membuat kerja sekolahBila anak kita sudah mula untuk menyiapkan kerja rumah, tinggalkan ruang itu dan biarkan dia menyiapkan kerjanya selama beberapa minit. Bantu anak kita untuk meneruskan kerjanya dengan memberitahunya bahawa kita akan kembali dalam masa 5 minit untuk memantau perkembangannya dan membantu jika ada sebarang persoalan. Ini kerana, jika anak terasa terganggu dengan kehadiran kita, ia akan membuatkan anak semakin sukar untuk fokus.

6. AMBIL NAFAS DALAM-DALAM

Kadangkala, proses menyiapkan kerja rumah memang menggeramkan ibu bapa dengan pelbagai karenah anak-anak sehingga hilang rasa sabar. Anak-anak juga mungkin hilang fokus dan motivasi. Jika anda merasakan rasa sabar semakin memudar, beralih dari kawasan itu sehingga kita kembali tenang. Juga berikan anak anda rehat selama beberapa minit (sebaik-baiknya 15 minit untuk setiap satu jam) supaya mereka boleh refresh kembali.

7. BERIKAN PUJIAN

Berilah pujian kepada setiap pencapaian dan usaha yang anak anda lakukan dalam menyiapkan kerja sekolahnya, terutamanya jika kerja sekolah itu agak mencabar. Jika perlu memberi teguran, berilah kritikan secara membina. Memarahi anak kerana tidak dapat mencapai standart yang ditetapkan hanya membuatkan mereka lebih kurang produktif. Sebaliknya, tanyakan diri kita sendiri apa yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mencapai standard yang disasarkan.


Idea untuk membantu anak membuat kerja sekolah memang senang dicakap berbanding membuat perkara itu secara praktikalnya. Proses membantu anak menyiapkan kerja rumah sepatutnya menjadi satu pengalaman yang positif dan berharga kepada anda dan anak-anak. Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini memberi manfaat kepada anda dalam membesarkan anak dengan baik dan penuh kasih sayang.

BAYARAN KEDUA BR1M 2016

$
0
0

BAYARAN KEDUA BR1M 2016


Tarikh bayaran kedua BR1M 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BAYARAN KEDUA BR1M 2016 || Bulan April ni sudah pasti ramai yang menanti bayaran kedua BR1M 2016 kan. Khabarnya bayaran kedua akan dikreditkan ke dalam akaun penama pada 28 April 2016 ni. Mungkin juga ada yang sudah terima bayaran kedua tersebut.

bayaran kedua br1m 2016, tarikh bayaran kedua br1m 2016, bila tarikh bayaran br1m 2016 dibayar

Walaupun ramai yang mengatakan BR1M 2016 merugikan, siapa yang dah terima tu bersyukurlah. Atau nak pulangkan pada kerajaan? heheheh...jangan pulak dah dapat baru nak mengutuk. Okeylah..tu jer. selamat menikmati duit BR1M anda.

PENCURI CINTA KELAS SATU

$
0
0

NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU



Sinopsis Novel Pencuri Cinta Kelas Satu


Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia,menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Langsung dia tidak menduga menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu,dia perlu mencari pakcik kepada Anak buahnya itu.tapi siapa?Zulfa,cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal,mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia,mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan langsung dia tidak menyangka ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang menggesanya agar cepat bernikah. 

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga.Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya. 
Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat.Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu kerana takdir juga mereka bersatu.Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan? 


NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU, SINOPSIS NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU, SINOPSIS DRAMA PENCURI CINTA KELAS SATU, BARISAN PELAKON PENCURI CINTA KELAS SATU, OST DRAMA PENCURI CINTA KELAS SATU, BELI ONLINE NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU, PENULIS NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU, BACA ONLINE NOVEL PENCURI CINTA KELAS SATU

Penulis: Ilia Shanahila
Terbitan penulisan2u 
RM25

CEREKARAMA || MAAFKAN SAYA CIKGU

$
0
0

CEREKARAMA || MAAFKAN SAYA CIKGU


SINOPSIS CEREKARAMA MAAFKAN SAYA CIKGU

~ AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN~


Cerekarama bertajuk Maafkan Saya Cikgu lakonan Zamarul Hisyam, Shera Aiyob, Benladin, Sherie Merlis dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada 30 April 2016 jam 9 malam dalam slot Cerekarama TV3.

JUDUL : MAAFKAN SAYA CIKGU
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 April 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Art Ornament Sdn Bhd
BARSIAN PELAKON : Zamarul Hisyam, Shera Aiyob, Benladin, Sherie Merlis
Putera Syazwan Zahidin.

CEREKARAMA || MAAFKAN SAYA CIKGU, SINOPSIS TELEMOVIE MAAFKAN SAYA CIKGU, DRAMA SEMPENA HARI GURU, HARI GURU 2016, SELAMAT HARI GURU, BARISAN PELAKON MAAFKAN SAYA CIKGU, OST MAAFKAN SAYA CIKGU

CEREKARAMA || MAAFKAN SAYA CIKGU, SINOPSIS TELEMOVIE MAAFKAN SAYA CIKGU, DRAMA SEMPENA HARI GURU, HARI GURU 2016, SELAMAT HARI GURU, BARISAN PELAKON MAAFKAN SAYA CIKGU, OST MAAFKAN SAYA CIKGU


RESEPI PISANG GORENG RANGUP CHEESE COKLAT RICE

$
0
0

RESEPI PISANG GORENG RANGUP CHEESE COKLAT RICE


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI PISANG GORENG RANGUP CHEESE COKLAT RICE || Selamat Hari Pekerja (entri ni sebenarnya untuk 1hb Mei 2016..tapi line tak ok, jadi baru publish ari ni)buat semua rakyat Malaysia. Tak kisah la yang kerja atau tidak bekerja. Sama-sama menikmati hujung minggu yang indah dan nyaman ni kan. 

KG kongsikan gambar pisang goreng cheese coklat rice petang kelmarin untuk tatapan korang ya. Resepi ni baru saja KG cuba dan hasilnya memang sempurna! Sedap..sehingga menjilat pinggan..hehehe.


RESEPI PISANG GORENG RANGUP CHEESE COKLAT RICE, sanggar cheese coklat rice, resepi pisang goreng rangup crispy, pisang goreng crispy, resepi goreng pisang rangup cheese, pelbagai resepi pisang goreng rangup sedap, resepi pisang goreng rangup mudah, pisang goreng sedap, pisang goreng cheese sedap
Lihat sendiri taburan cheese yang banyak. Kalau beli 10 ketul aje dah berapa harga pisang goreng tu.

Resepi Tepung Pisang Goreng Rangup


Tepung gandum
tepung beras
tepung pulut
air secukupnya
sedikit gula(KG suka bagi manis sikit bancuhan tepung, manalah tau kalau tak mau makan yang bercampur cheese kan)
secubit garam
Pisang untuk di goreng
Keju cheddar
Susu pekat
Coklat rice

Caranya:

Satukan tepung ganduum, tepung beras, tepung pulut, gula, garam dan air. Gaul sebati. Kalau rasa nak cairkan bancuhan tambah air jer. Sukatan tepung? Sebenarnya KG suka sukat main agak aje...Apapun tetap menjadi. Kurang kan tepung gandum dan tepung pulut. Lebihkan tepung beras.Itu aje.




Viewing all 866 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>